Tuesday, July 10, 2012
Kejohanan Kid Athletics 2012 Prasekolah Daerah Kuala Selangor
Friday, October 22, 2010
Pondok Serbaguna
Cuba ada perhatikan pondok ini...pernahkah anda jumpa pondok seperti ini dijual di pasaran??!!...sudah tentu tidak bukan...
Ini kerana pondok ini adalah buatan sendiri dan bukan untuk dijual....
Tapi, percayakah anda kotak adalah bahan asas untuk pondok ini...???
Ketahui proses menyiapkan pondok serbaguna ini langkah demi langkah daripada sebuah kotak sehinggalah menjadi pondok serbaguna yang kukuh di www.mshalim.com
Tuesday, August 17, 2010
PENDAFTARAN PRASEKOLAH SESI 2011 DIBUKA SEKARANG !!!
Makluman ini khas untuk para ibu bapa dan penduduk setempat terutama sekali untuk mereka yang berada berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Parit Serong…
TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 5 DAN 6 TAHUN
Sila ambil borang di KELAS PRASEKOLAH atau PEJABAT Sekolah Kebangsaan Parit Serong.
Anda juga boleh download borang tersebut di sini :
Sila kembalikan borang tersebut dengan segera ke kelas prasekolah atau pejabat Sekolah Kebangsaan Parit Serong atau secara pos di alamat :
PRASEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SERONG
45500 TANJUNG KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN.
Untuk pertanyaan lanjut, sila KLIK DI SINI !!!
Sunday, February 28, 2010
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sumber : Wikipedia
Tuesday, February 16, 2010
Selamat Tahun Baru Cina 2010
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Sumber : Wikipedia
Sunday, December 6, 2009
Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Tarikh : 1 - 4 Disember 2009
Tempat : Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.
Kursus ini diadakan bagi memberi orentasi mengenai perubahan Kurikulum Prasekolah yang sedia ada kepada Kurikulum baru yang lebih fleksibel.
Daerah Kuala Selangor antara daerah yang mengikuti kursus ini dan merupakan daerah yang menghantar jumlah guru yang ramai dalam kursus kali ini.
Diharapkan kursus ini dapat membantu guru dalam merancang dan mendidik murid-murid prasekolah dengan lebih baik di masa akan datang..
3 Sahabat yang tidak boleh dipisahkan..dalam perjalanan pergi dengan menaiki feri..cuaca pada masa itu mendung dan diiringi dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika sesi pembentangan jadual waktu..sempat berposing untuk dijadikan bahan bukti.. :-)
Dalam perjalanan balik..inilah wajah-wajah yang x sabar nak balik terutama yang sebelah kanan sekali tuh..
Untuk maklumat lanjut sila layari juga : http://www.mshalim.com/
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Sumber : wikipedia
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua terutama warga PPD n guru-guru prasekolah daerah Kuala Selangor dan amnya kepada semua warganegara Malaysia...
Untuk maklumat lanjut, sila klik : http://www.mshalim.com/