Saturday, November 14, 2009

Kursus Pengurusan ICT Dalam Kelas Prasekolah

Pada 10 hingga 13 November 2009, 4 orang guru prasekolah Kuala Selangor telah menyertai Kursus Pengurusan ICT Dalam Kelas Prasekolah yang diadakan di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru tentang bagaimana ICT boleh diaplikasikan dalam PnP prasekolah. Melalui kursus ini, guru-guru diajar bagaimana menggunakan aplikasi Microsoft Office terutama Words, Power Point, Publisher dan Excel dan menghasilkan bahan PnP yang menarik dengan menggunakan keempat-empat aplikasi tersebut.

Dalam kursus ini, kesemua peserta diminta menyediakan satu pakej bahan pengajaran menggunakan aplikasi tersebut. Apa yang membanggakan, 2 peserta dari Kuala Selangor berjaya mendapat tempat teratas, Puan Noraliza Yahya dari SK Sultan Abdul Aziz berjaya mendapat tempat pertama dengan pakej pengajaran matematik bertema haiwan peliharaan. manakala En Nor Hidayat Sahid dari SK bukit belimbing mendapat tempat kedua dengan pakej pengajaran bahasa bertajuk Hikayat Sang Kancil.

Kursus ini benar-benar membuka mata peserta tentang bagaimana perisian Microsoft office dapat digunakan dalam PnP. Bukan sekadar membuat persembahan menggunakan power point sahaja, malah bahan-bahan yang menarik juga boleh dihasilkan menggunakan perisian-perisian lain.

Diharapkan kursus sebegini akan diperluaskan dan diperkembangkan lagi.

ps... dapat thumb drive 8gig..... jgn jelous... hahahaa

dari kiri : dayat, halim, ahriza, kak liza

sessi kelas.

No comments:

Post a Comment