Saturday, September 26, 2009

Hari Potensi Prasekolah Kuala Selangor 2009


Tanggal 15 Ogos 2009 bersamaan Hari Sabtu, Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ijok. Acara ini telah disertai oleh 533 orang murid Prasekolah daripada 43 buah sekolah di Daerah Kuala Selangor.


Sekalung Tahniah kepada SK Kuala Selangor yang berjaya menjadi Johan bagi acara Tarian Tradisional, SK Bukit Kerayong pula berjaya menjadi Johan bagi acara Bercerita Bahasa Inggeris dan Hafazan. Bagi acara mewarna pula, SK Bandar Baru telah Berjaya mendapat johan. Manakala bagi acara Nyanyian dan Gerakan, Bercerita Bahasa Melayu dan Sajak telah Berjaya disandang oleh SK Dato Maharajalela sekaligus dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Hari Potensi Prasekolah Peringkat Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2008 dan 2009.

No comments:

Post a Comment