
Pada 13 Mei 2009, bertempat di Stadium Utama Kuala Selangor telah berlangsung Te
masya Sukan Olahraga 2009.Temasya ini disertai oleh semua kelas prasekolah di Daerah Kuala Selangor. Pelbagai acara olahraga telah dijalankan pada hari tersebut. Temasya Sukan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Abdul Razak, ADUN Permatang.
Olahragawan Temasya Sukan ini di sandang oleh Adik Muhammad Aqil Fiqri bin Azizon dari SK Dato Maharajalela. Manakala Olahragawati Temasya Sukan ini
disandang oleh Adik Puteri Batrisya bt Abdullah dari SK Sultan Abdul Aziz. Johan Perbarisan disandang oleh SK Sultan Abdul Az
iz. Johan keseluruhan Temasya Sukan Prasekolah Daerah Kuala Selangor 2009 dianugerahkan kepada SK Saujana Utama.



No comments:
Post a Comment