Thursday, October 22, 2009

Hari Bertemu Pelanggan PPD Kuala Selangor

21 Oktober yang lepas PPD Kuala Selangor telah mengadakan hari bertemu pelanggan dengan mengadakan berbagai program termasuklah persembahan dari pelajar-pelajar sekolah dan juga pameran dari berbagai agensi dan unit kurikulum sekolah. Unit prasekolah PPD Kuala Selangor juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti yang diadakan termasuklah pameran dan persembahan nyanyian dan tarian . Unit prasekolah juga tidak ketinggalan menyediakan pameran mereka.


Sibuk menyiapkan tapak pameran.....susun jangan tak susun....aaa..dah okey tu.



Mereka ni bersungguh-sungguh menyiapkan tempat pameran , kalau tak nanti boss marah tau. Jangan marah boss.


Amboi dayat ..berapa banyak papan nak guna ni....




tara....dah siap disusun..ni sudut kognitif dan di sebelahnye tu sudut fizikal dan kreativiti estetika.




Papan pamer ni kami buat 3 ruang. 1. Pusat kerohanian , 2 . Hasil kerja murid dan 3 ruang maklumat prasekolah.



Yang ni ruang main peranan dan teknologi. Pada hari berlansungnye pameran tu ramai pengunjung yg. hadir.




Gambar ni bersama boss kitaorang En. Zaimi.















Gambar yang ni pulak dengan boss nombor 1 PPDKuala Selang ( En. Suhaimi )


Kami didepan booth prasekolah...hari tu memang kami berposing sakan.




Ucapan perasmian oleh Pegawai PPD Kuala Selangor Encik Suhaimi b. Yadi.



Gambar-gambar ni semua di booth lain yang ada di tapak pameran tu. Ada banyak lagi agensi yang terlibat , tetapi di sebabkan tugas , jadi gambar pun terhad.
Semua nya telah selesai dan pengalaman sebagai pengurus pameran memang menyeronokkan , selain mendapat pengalaman baru, dapat juga bertemu dengan kawan-kawan lama yang lama tidak ketemu dan banyak benda baru yang dapat dipelajari ...

(gambar dan artikel dari blog kak liza... sori aaa jangan marah...)

No comments:

Post a Comment