Saturday, October 10, 2009

Mesyuarat Takwim Prasekolah 2010 Daerah Kuala Selangor

Pada 8 hingga 10 Oktober 2009, 14 guru-guru prasekolah Kuala Selangor dipilih untuk menghadiri mesyuarat yang bertujuan menggubal takwim prasekolah bagi tahun 2010. Mesyuarat ini diadakan di Marina Cove, Lumut. Mesyuarat ini juga disertai oleh guru-guru prasekolah dari daerah Petaling Utama, Sepang dan Kuala Langat.

Selain itu, terdapat juga sesi untuk menyediakan fail meja bagi guru-guru prasekolah, guru besar dan pembantu pengurusan murid.

Selain menghadiri sesi mesyuarat, peluang ke Lumut ini diambil untuk melawat lokasi-lokasi yang menarik sekitar Lumut dan Pulau Pangkor.

Buat guru0guru prasekolah lain, hasil takwim dan fail meja akan diberikan kepada anda kelak.

ps: syok shopping beli sotong dan ikan bilis "mata biru"

Sesi Mesyuarat

Dalam feri ke Pulau Pangkor

Dua cikgu lelaki yg ada

Kapal TLDM yang terbakar

Cikgu Zaharah menari keluar bot

Senyum...

No comments:

Post a Comment