Friday, October 30, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sumber Prasekolah Negeri Selangor 2009

Pada 28 hingga 30 Oktober 2009 yang lalu, 8 guru-guru prasekolah dari daerah Kuala Selangor telah dihantar menyertai guru-guru dari daerah lain untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru Sumber Prasekolah Negeri Selangor 2009 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kursus 3 hari 2 malam ini berlangsung di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor.


Kursus ini bermatlamat untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran prasekolah. melalui kursus ini, guru-guru diajar bagaimana cara yang betul dan menarik menggunakan bahasa inggeris. Antara slot yang menarik ialah Phonics, Poem and Rhymes dan kaedah menggunakan gambar untuk berkomunikasi. peserta kursus juga diajar membina bahan pengajaran menggunakan ICT dan membina satu bahan yang dipanggil Magic Box.

Magic box ialah satu bahan yang amat menarik. Murid akan memasukkan kad soalan ke dalamnya dan jawapan akan dikeluarkan daripada magic box tersebut. "Memang magic".

Semua peserta kursus diminta untuk membina magic box masing-masing untuk diadili oleh para fasilitator. Amat membanggakan kerana Magic Box yang dihasilkan oleh En Norhidayat Sahid dari daerah Kuala Selangor berjaya mencuri hati para hakim dan menggondol tempat pertama. Tahniah diucapkan.

Kesimpulannya kursus ini amat menarik dan kandungannya amat berguna untuk guru-guru prasekolah. Diharapkan ilmu yang ditimba dapat dimanafaatkan oleh semua di sekolah nanti.

antara aktiviti yang dijalankan

Magic Box yang dihasilkan
Tiga Pemenang Utama

inilah dia... Magic Box yang menjadi juara. masukkan kad soalan di bahagian atas, dan jawapan akan keluar di bahagian bawah....

1 comment:

M.S.Halim said...

Yat..tolong buatkan aku satu mcm ko buat tu..leh?

Post a Comment