Friday, October 30, 2009

MESYUARAT PENYELARASAN DATA PRASEKOLAH

Mesyuarat Penyelarasan Data Prasekolah Negeri Selangor telah diadakan pada 27hb. Oktober hingga 29 Okt. 2009. Bertempat di Hotel Heritage Ipoh.
Mesyuarat ini membincang dan memastikan aplikasi yang digunakan bagi mengisi data guru-guru prasekolah Negeri Selangor adalah aplikasi yang terbaik dan dapat menyimpan data-data berkaitan prasekolah tanpa sebarang masaalah.
Seramai 28 orang terlibat termasuk penolong pengarah pendidikan dari Jabatan Negeri Selangor , penolong pegawai pendidikan daerah dan guru-guru prasekolah dari setiap daerah Negeri Selangor.
Encik Abdul Hamid penyelia prasekolah Negeri Selangor memberi penerangan panjang lebar berkaitan aplikasi data yang akan digunapakai oleh pihak Jabatan Negeri Selangor.

Puan Kholishah memberi sedikit penerangan mengenai NKRA(National Key Result Areas )
Berasap sekejap telinga ni bila dengar penerangan dari beliau.

Inilah bilik mesyuarat nye............
Hari terakhir di hotel Heritage....hari yang melegakan........


Jangan jelous !...Ini di ruang makan hotel...ada piano lagi , dari jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam piano ini akan di mainkan ...huh..tangkap lentok you...lagu nye My heart , Love story , itulah yang masih ingat..kita orang pun pic kat situ buat kenang-kenangan.



Pic sebelum keluar dari bilik mesyuarat di hari terakhir mesyuarat...

Cerita lebih lanjut ................................klik kat sini

No comments:

Post a Comment